Reformasi Gelombang Kedua

Mei 19, 2008

“Patah paruh bertongkat dagu, patah dagu bertongkak kuku”

Justeru itu perjuangan murni ini mesti diteruskan. Sudah pasti bagi memastikan kelangsungan perjuangan semangat ahli mestilah terus dipupuk. Dalam masa yang sama pendidikan politik melalui wacana dan diskusi mestilah diperhebatkan. Program latihan dan kepimpinan sewajarnya menjadi kemestian kepada setiap anggota terutamanya pimpinan parti.

Nilai Islam dan agama sewajarnya menunjangi nurani pejuang agar punya daya tahan yang jitu. Tradisi ilmu mestilah disemarakkan agar perubahan yang dibawa benar-benar membawa sinar baru. kemahiran diri dan organisasi seharusnya digilap. Manakala isu nasional dan global semestinya digarap. Kesemuanya amat penting jika kita ingin meletakkan Pakatan Rakyat sebagai pasukan yang bersedia mengambilalih pemerintahan negara.

Inilah Reformasi Gelombang Kedua yang mesti kita pertimbangkan bersama.


Ikut

Get every new post delivered to your Inbox.